StrawBerry

StrawBerry

Saturday, 3 March 2012

Hari ke-7 bekerja...zzz


Hari ini hari ke-7 bekerja.... Penat ke? Of coz laaa rase penat, stress, tension, letih kan.. Di tambah plak dengan pelbagai kerenah manusia yg pentingkan diri sendiri...haish...hehehe.. 


Tup tup esok dh nk cuti.. yesss...jom hilangkan stress... Bile stress mula lah nak marah kan... Tapi shikin mmg jenis susah nak marah so senang je handle supaya kadar kestressan diri tak terlalu tinggi...hehhee.. Bahaya jugak bile badan tak fresh kan.. Semua benda jadi malas, semua keje jadi tertangguh dan bertimbun-timbun. Kesan sampingan di kemudian hari pulak adalah mengundang pelbagai penyakit, cepat tua sebelum usianya, hilang sedikit nikmat kehidupan..

Nie nak kongsi beberapa tips paling famous laaaa yg selalu diamalkan. 
  1. window shopping
  2. Tido
  3. Dengar lagu
  4. makan-makan
  5. lepaks depan tv


Nie plak tips dari google:

1 - Mulakan dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan  tersusun. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas  perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum menghembusnya  dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan  oksigen yang cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan kita mengatur  semula kehidupan. 

2 - Senyum dan aktifkan perasaan positif di minda. Ini teknik kuasa  minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah  dengansenyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kita perlu ubah  'mindset' daripada negatif kepada positif dengan gabungan teknik visualisasi (imaginasi) & afirmasi (pernyataan positif).  

3 - Kenalpasti punca masalah dan buat keputusan (decision making) dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna  konsep PDCA iaitu Plan - Do - Check -
Action. 

4 - Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur. Teknik 'melepas' itu boleh disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau  lain-lain hobi yang dapat menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi  masalah itu dengan kaunselor maupun orang yang terdekat yang
memahami kita. 

5 - Kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di  sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di  dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala motivasi terbesar  pada hambaNya. Bertuah orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W  serta mukjizat alQuran yang amat besar manfaatnya. Kita  akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan  segala yang diperintahkan.


Sekian... 

No comments:

Post a Comment