StrawBerry

StrawBerry

Friday 30 March 2012

Renungkan Lah Bersama-sama..~

[Jika Kamu ]
Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....


Sunday 25 March 2012

Papa kaya..~

Today, breakfast at Papa Rich... Dekat je dgn area opis di PJ... Kerja di hari ahad ouchh... Thank you so much en.tunang sbb belanja... Luv u so much..!!!




Tujuan belanja kerana merajuk melebihi 24 jam... kikiki...Best kan merajuk je dpt makanan feveret... Sungguh terharu jugak bile dapat tahu en.tunang offer nak hantar pergi kerja dan breakfast sesama rinie... Dunia bagaikan pelangi after hujan turun semlm... haahahhaa... Semalam merajuk dgn en.tunang sebabnya adalah.... En.tunang sahaja yg tahu.. hmmm...Alhamdulillah, ckin dpt yg sgt2 penyabar... Best sgt and luv him so much...

Makanan yg di order oleh kami berdua for breakfast haaa... kikikiki...


Yg ini ckin punya makanan feveret turun temurun... Kalau makan kat sini menu yg ini paling utama sekiranya perut lapa.. Semlm seharian tak makan.. konon2 mogok dgn en.tunang... Haaaa hari ini en.tunang belanja sakan... wow so hepi...ngeee~



Yg ini en.tunang punya makanan A.K.A ckin punya makanan jugak... hahahahhaa..



Apapun gembira hari ini, dapat meluangkan masa bersama-sama en.tunang setelah merajuk lebih dari 24 jam dan jugak tidak ketemui en.tunang lebih dari 48 jam... Sorry en.tunang sbb anda belum tido lagi utk 24 jam yg lalu... Pasnie sila tido leklok dan jgn lupa jemput saya balik kerja... Tak mau jalan kaki balik umah... Sgt jauh dan boleh kurus kerana lemak2 terbakar... kikikiki

Tenkiu....!

Saturday 24 March 2012

Dedicated For Him...~

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Tuesday 20 March 2012

1 Month 1 Week 1 Day

haaaa apa nk tulis nie... huhuhu... apa pun no ini cantekkan.. Layankan kata-kata di bawah ini sempena pertunangan ku yg ke 1M, 1W, 1D...

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta...


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan tersebut.


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah 

mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. 

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.


Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan 

apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.


Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. 

Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.


Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai 

perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.


Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.


Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorang pun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.


Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan 

meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.


Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.


Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, 

raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah 

anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Saturday 17 March 2012

Aktiviti malam minggu...~

Di hujung malam minggu ini, rase nk buat satu aktiviti laaa… Duduk umah sorang2 sambil layan citer kat TV, alunan radio kat sebelah jugak haaaa terlintas untuk membuka barang2 hantaran dari gubahannye…

9 vs 11... zzzz

Dh sebulan lebih daaa, jom manfaatkan ape yg dpt.. hehehe.. Semua ada 9 dulang.. Hantaran yg terdiri daripada 2 bentuk cincin, sireh junjung, Kain baju nikah, Kain telekung, baju melayu, barang2 dapur (gula, susu, dsb) + gubahan gula-gula lollipop, kek, buah-buahan, bahulu berbentuk ikan…

First barang adalah bungkusan yg nmpak menarik… Simbolik kepada barangnya jugak… Mari kite pikirkan.. Sebungkus gula, dua tin susu dan beberapa lagi barang… haaa apakah ini.. Ini mesti en.tunang suruh belaja memasak.. hahahaha… Baik laaa demi kamooo saya akan belaja sume masakan kegemaran kamu  wahai en.azim.. Kena more practice and upgrade the skills… En.tunang mmg suke sgt makan kari, masak cili padi, sayur labu kan..


Second, gubahan lollipop… Alamak lolipop dh mengecut… hmmm… sbb rase syg nk mkn, kan kecut dh.. hehehe…Soalan cepu emas berapakah jumlah lolipop dlm gambar di bawah.... ???


Third, baju nikah… leraikan dari lipaatan.. haaaa ke mana kah mau tempah baju ini… Baju ape nk buat nie… haih.. plan macam2… hihihihi.. tp sume dh plan… gerak je blom… so simpan dulu dlm almari sementara menanti ia di bawak ke kedai..


Fourth, kain telekung… Haaa boleh tukar laaa yg sedia ada… pakai hasil pemberian oleh en.tunang plak.. hehhee… cantek sbb warna biru bunga2 nye… warna feveret ckin.. yeay..


Tu je laaa barang yg masih berbungkus… Yg lain? Dh selamat…

Cincin dua2 dh pakai… ngeeee~

Sireh junjung dh jd perhiasan kt umah mak.. 
sbb mak dah ayah tak makan sireh maka jd perhiasan lah…Cantek gubahan ini… I like it..

 kek dh hbs ketika hari kejadian.. best tau kek walnut carrot… jarang makan kek ini.. mmg sedap sehingga menjilat jari…


Buah-buahan (hbs semasa hari kejadian jugak), antara buah yg ada epal, oren, kiwi, pear, buah naga, anggur, best best dan hbs… hiihihi

Bahulu ikan plak haaa yg ini sgt2 comel.. Semuanya ada 3 ekor ikan.. Dua ekor ikan besar… Mungkin mewakili mak dan ayah, dan seekot lagik yg kecik..Mungkin mewakili anak….hehhee.. Comel sgt nk mkn pon x sampai hati… hehehhe…


Last sekali, kain baju untuk abg.. Sbbnye langkah bendul… hehhee… ijau okay, warne tema raya tahun ini… hehhehe… khas buat abgku… sayaang kamooo…


daaaa...


Monday 12 March 2012

Sebulan sudah...~

Genap sebulan diriku menjadi tunangan org.. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana mengurniakan si die utkku… Pencarian selama 26 tahun berakhir dgn pertemuan si dia. Perjalanan cintaku sebelum ini bermacam-macam ragam....Sukar diungkapkan dgn kata-kata, cuma hati yg merasainye.. hehehe..

Tarikah pertunanganku: 12/2/12

Pernah suatu ketika dulu, sehingga satu tahap diriku membuang segala perasaan yg ada.. Benci akan cinta yg hadir, berlari jauh meninggal cinta tanpa menoleh ke belakang.. Memberi seribu satu alasan semata-mata tak ingin hati terluka lagi… Mmg diakui sungguh kejam terhadap diri sendiri… Tiada belas kasihan langsung pada hati sendiri… hehehe…  Lama jugak meniti episode serta epilog cinta tersendiri.. Hati je yg tanggung segala-galanya.. Namun ku kuatkan jua hati ini utk menempuh segala-galanya..

“Jangan kau ganggu aku lagi…Jangan kau coba tuk permainkan…Sakit di hati yang rapuh ini…Yang telah kau hancurkan…Yang kini sudah tertutup buatmu…Untuk selamanya…Tuk selamanya…”

Namun, kehadiran si dia buatkan segala-galanya berubah… Kesedihan yg selama ini terbuku dihati, telah terlerai..  Berkongsi kisah hidup bersama si dia membuatkan hati yg pernah terluka suatu ketika dahulu terubat.. Inilah dia buah hati pengarang jantung diriku..

my FIANCEE


“Tapi hati ini kuat menyatakan…Kau terkini duduk di carta hati…Lalu cinta kita bermula…Dari mata turun ke jiwa…Dari teman menjadi cinta…Dan berjanji untuk setia”

Dia seorg yg simple. Amat memahami diriku.. Berkorban apa sahaja, bersabar melayan kerenah ku, berusaha memenuhi hasrat dan impianku.. Menyedarkan ku kiranya diri ini tersasar, tersengit ke.. hehhe.. Paling best org yg paling suke mendengar celoteh ku, tempat luah perasan ku, tempat bergurau senda, berkongsi cerita2 masa silam… Thanksss en.tunang bg pinjam telinga… kikikiki..

Pengalaman, cabaran, kisah suka duka dh dilalui bersama si dia.. Kawan gado hari-hari nie.. hahaha.. Tp si dia mmg steady jerk.. Setia menemani, sabar melayan kerenahku yg manja nie, diriku mengada2 pon ia jugak.. Walaupon dia anak bongsu tp yg terlebih manja adalah diriku. Thanksss en.tunang atas semuanya.. Luv u much and more..

Saya cuba menjadi yg terbaik untuk awak, terima lah diri ini seadanya walaupon byk kekurangan. Sayang kamoo selamanya dan sentiasa merindui kamoo setiap hari… !! Terima kasih my love...



“love story let’s make a history…sejarah kisah cinta kita menguasai bumi…mengalahkan semua yang paling terindah…”

“love story let’s make a history…biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita…namun cinta kita tetap akan utuh…”

Semoga cinta kita hingga ke akhirnya… Semoga kite tabah menghadapi segala cabaran dan halangan utk menuju sebuah ikatan yg murni…  Luv u En. Mohd Azim Bazri bin Che Omar..!!

"KISAH KAMI"





Friday 9 March 2012

Yeeepppyyy...~

Hari ini, mood hepi sbb utama nk balik kampong.. Rindu sgt dgn mak n ayah… hihihi.. Tiket dh beli seminggu yg lalu… Excited terlebih nih, tiket beli awal2... akn naik bus kat TBS pada pukul 11:30PM... yesss…!!



Minta jasa baik en.tunang hantarkan ke TBS nie.. Tp kena lah bangun awal pg utk ke opis sbb tumpang en.tunang pergi kerja hari ini... (en.tunang calling2 sampai bangun...hahahha.. TQ en.Tunang)... Uuuuwaa sgt ngantuk, sbb seawal 8pg dh sampai opis… Al maklum laaa selalu waktu kerja kul 9pg.. hahaha.. Mengada sgt mata nie kan…. Mood sungguh ceria hari ini sbb rindu kg, mak ayah, kawan2, pantai mersing, kedai2, makanan2 serta tpt membesar ku...…

Tambahan pulak member sekolah, buat majlis kawen pada sabtu nie. Lama tak berkumpul dgn dieorg, gosip2 terbaru dieorg... Rindu bangat dgn dieorg..  walaupon perjalanan ke Mersing mengambil masa hampir 5 jam, tp hepi punya pasal tak terasa sgt..

Selamat tinggal katak kembungku, kamu kena tinggal dgn WUT serta tuannye eh...(minta jasa baik en.tunang utk tolong2 tgkkan keta dan park sebelah keta en.tunang)..hehee.. Akan merindui kamu wahai katak kembung ku... jgn merajuk2 tau, duk diam2 dgnWUT tau.. kikikkii

Haaa ditambah plak ada pemasangan UNIFI kat opis hari ini… wow Best! Best!..  Pas nie boleh laaa test2 sume yg berkaitan dgn UNIFI.. hehehhe.. 





Wuhhhuuuu...

Thursday 8 March 2012

New Experience..~

Hari ini 8/3/2012….


Moral of story: Always to be alert and be aware about something around you.

Mengapakah... haaa disebabkan kurang keprihatinan dan level confident yg tinggi maka terjadinya peristiwa ini... hahahaha..Begini ceritanya, sampai sahaja di Giant, hati teringin untuk makan biskut. So cari biskut jenama Potato Cracker. 

Hasil dari Kak umi memperkenalkan biskut ini, maka hati teringin untuk mencuba  nye lagi.. Survey2 akhirnya jumpe laaa jenama tersebut di sebuah rak.. Tanpa berlengah mata memandang bungkusan berwarna hijau dan grab then terus ke kaunter pembayaran.
yg ini ada perisa "wasabi"

Tiba laa masa untuk makan biskut tu.. percubaan pertama dimulakan dgn diri sendiri.. Selepas masuk ke dlm mulut.. oppsss… Rase nye terus menusuk ke muka dan mata teurs berair… Waaaa sgt pedas..!! terus minum air nih.. hahhaha…

Dengan baik hati nye biskut tu diberikan kepada anak-anak buah yg lain. Hehehe.. Tp ada gak ckp waktu bg biskut tu “nah amik laaa, tp biskut ni pelik sikit rasenye”..  Maka seorg2 laaa makan biskut tu dgn pelbagai gelagat dan gaya tersendiri… Untuk kesihatan okay… ehhehe..

Sebenarnye nak amik yg original punya perisa.. hahahaha.. Bile dah rase pedas baru nk tgk perisa ape… Rupe-rupeye ada penambahan perisa Wasabi.. haaaa ape kah maksud tersirat perisa ini.. jom google.. 

yg ni perisa "original"

Ingin berkongsi something di sini:

Wasabi (Wasabia japonica or Eutrema japonica), is a member of the Brassicaceae family, which includes cabbages, horseradish, and mustard. It is also called Japanese horseradish,  although it is not actually of horseradish species of plants. Its root is used as a condiment and has an extremely strong flavor. Its hotness is more akin to that of hot mustard than that of the capsaicin in a chili pepper, producing vapors that stimulate the nasal passages more than the tongue. The plant grows naturally along stream beds in mountain river valleys in Japan. There are also other species used, such as W. koreana, and W. tetsuigi. The two main cultivars in the marketplace are W. japonica cv. 'Daruma' and cv. 'Mazuma', but there are many others.
From google

Ini la sayur Wasabi tu

Haaa ada lg tambahan

yg ini Wasabi dh diproses

Wasabi is Japanese horseradish. It is most famous in form of a green paste used as condiment for sashimi (raw seafood) and sushi. However, wasabi is also used for many other Japanese dishes.


Sesiapa peminat setia sushi, mesti boleh telan kan perisa ini.. Ckin mmg x leh telan sushi.. hihihih.. maka dapat laaa kan merasa..Wow..! 


CERPEN : IZINKAN ABANG NIKAH SATU LAGI

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” 

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? 

Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”

Qistina mengalih pandangannya.Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.


Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~

YOGJARKARTA episod 1: 3.7 Jutaaaaa… haaaaaaaa?

Haaaa byk nye… ?  Kaya dh nie.. hihihi.. Nak tahu ape die 3.7 Juta nie, jeng jeng ini adalah bayaran utk supir kami di yogjakarta dong… Ckin serta 3 org member rancang nk g bercuti ke INDON selama 6 hari… WEeeee~

Hasil side survey oleh seorg member ckin, tolak tambah darab bahagi hasilnye ialah for transportation kami di sana bernilai 3.7 Juta Rupiah = RM 1280.55 (current exchange)..  Tu semua jumlah utk 6 hari penginapan kami ke sana.  Best! Best!

So permulaan kena laaa byr  deposit bernilai 500K rupiah ek..hihihi.. First time menggunakan perkhidmatan WESTERN UNION.  Selama hidup 25 tahun nie baru first time amik tahu pasal perkhidmatan ini… New experience for me.. 



Mula-mula tu blur2 je… sume benda nk tanya kat kaunter tu.. hhahaha… poning sudaaa.. Nasib baik akak customer services tu penyabar org nye senyum saja... Dh selesai isi borang yg nmpak mcm simple tp bile kena isi haaaa jawab laaa sendiri yek…. Kikikiki… Dgn usaha gigih akhirnya sukses mengisi borang.



Pastu the next step, menanti giliran utk ke kaunter pemprosesan borang… Erkkk ramai pulop org kan.. Hampir sejam menunggu nih... Macam2 gelagat org ckin tgk… Macam2 bahasa jugak ckin dgr.. senyum je laaa.. hehehe.. Sampai depan kaunter, kelam kabut nih.. al maklum x pernah berurusan dgn perkhidmatan ini… Dulu pon pandang sepi je papan tanda warna kuning hitam ini. Bila tiba masanye, kena explore jua…  Dapat laaa pengalaman sikit walaupon tal sebesar mana tp penuh makna…

Akhirnya, transaksi berjaya di buat… weeeee.. Mula berangan lagik.. kikikiki… Nie nk survey berkenaan dgn tpt tinggal, barang-barang, dan aktiviti yg bakal dilalui… Tak dilupakan jugak AL yek… hahaha…

Daaaaa….

Tuesday 6 March 2012

~ FOR REST OF MY LOVE ~

I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you
Now let me let you know

You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you

For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife, and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
Finally now I’ve found myself, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say
  
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you

For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart
And now that you’re here, in front of me
I strongly feel love
And I have no doubt, and I’ll sing it loud
And that I will love you eternally




** Like this song**

Nandoooss...

Dinner with Nandos.. oh yeah!.. Surprise from en.tunang... Nyum2.. kenyang sudah kerana org belanja kan.. Mmg gemok laaaa ckin kan..hahaha.. Dinner kat One Utama je mlm nie.. Tak larat nk g jauh2 sbb baru balik keje…



Mmg feveret ckin nih terutamanya menu seperti di bawah.. Yg paling suke sos die lah… mmg cdap..








Terkenang satu peristiwa 1st time g Nandos. Order menu seperti di bawah ini, mmg ckin suke sgt mkn jagung.. Dlm gambaran hati mestilah jagung yg mcm dlm cup kan.. hehehe… Sekali makanan sampai, jagung sebatang daa… haaaa mcmne nak mkn time org ramai nie… hahahaha… zzzz… 



Peristiwa ini berlaku ketika bulan puasa di Midvalley iaitu time berbuka puasa dgn member2 baik (nana, marha, ainie).. hihihihi.. Tu laaa excited sgt nk bukak puasa kan. Order pon tgk gambar menarik kan… Jawab sendiri laaa nk mkn mcm mane.. Last2 tanpa menghiraukan org sekeliling, hbskan jugak laa jagung tu dgn jaya nye.. GOOD JOB myself… kikikiki… Moral of story, mmg dh x order dh menu ini di setakat ini..hehehe


Daaaa...

Monday 5 March 2012

SeHaRiaN Di PuTraJaya...

Hari ini seharian di putrajaya…  En.tunang ajak g berkelah… Ckin bangun pagi masak makanan utk di bawa berkelah khas utk En.tunang… Ckin masak simple je iaitu kari ayam dan sayur kobis tumis.. hehehe…  Masak dgn penuh kasih sayang utk “my Love”… 

KARI AYAM "HOMEMADE"

So kami gerak laa ke putrajaya dgn bekalan makanan homemade.. hehee… Cari2 dan pusing2 maka kami bersetuju utk menjadikan Taman Botani Putrajaya sbg port perkelahan kami.. Sampai je kat sini, org sgt ramai… Al maklum laaa hari weekend.. Jalan2 punya jalan so jumpe laa satu tpt di bawah rimbunan pokok maka bukak laaa suratkhabar di situ bersama-sama dgn bekalan kami.. hehhe.. En.Tunang makan dgn byk nye, lapa gak  nye.. hahhaa… Pas dh mkn2 kami bercadang nk berbasikal yg ada dua tpt pengayuh… molek sangat pas makan bersenam… hehehe…

TAMAN BOTANI PURTAJAYA



BOTH OF US




Dh penat2 bersiar2 dan bergambar2 kat Taman Botani nie, tetiba en.tunang nk belanja movie.. Apalagi laju laaa ckin search ticket and terus book kat Alamanda… senang dekat je dgn tpt kami berkelah nie… kikikiki.. DONE and success book ticket, en.tunang ajak g jenjalan dulu kat Masjid Putra.. Kami pon jalan2 dan juga bersolat di situ… Nyaman Masjid Putra nie.. Hati rasa sejuk dan tenteram…

Selepas tu, kami pon bergegas ke Alamanda kerana movie akn start pukul 8:30PM. Pusing2 sampai sesat, sorry en.tunang kerana salah tunjuk jalan… wakkakaka… Gelak punya gelak sampai jugak laa ke Alamanda… Sementara tunggu movie start teman en.tunang masuk kedai feveret dia laa… Kedai sukan mmg dh destinasi wajib en.tunang nih kalo kuar ke shopping complexes…  Muka ckin dh boring2 tunggu die memilih barang dia nie.. haish.. kikikiki.. Selain dari tu, ckin ada gk terjumpe member zaman sekolah rendah dulu… Nama dia Hasni… Borak2 dgn member...hehee..

Surprise to him... After solat magrib, ckin singgah sebentar ke Famous Amous... haaa saje je nk bagi hadiah kat en.tunang.. Pilih punya pilih ada laaa satu hadiah ini berkenaan sgt.. Tanpa membuang masa bayar dan keluar laaa dari kedai tu cpt2 b4 disedari oleh en.tunang.. Hehhehe.. Die pon mencari2 laaaa ckin di mana... kikkkiki.. pas dh jumpe dgn die so serah laa hadiah tu pd die... Dia kata "suke sgt bg benda yg suweettt sayang nk mkn tau".. hohohoho.. Nak wat mcmne dh suke kan so beli kan je la... hehehhe.. 

Movie start kul 8:30PM, kami tgk movie Adnan sempit 2… citer nie mmg kelakar giler.. Gelak sampai semput di buatnye… mmg riuh rendah pawagam tu dgn gelak ketawa… So sape yg x tgk lg citer nie… Pergi cpt.. Rugi kalo x tgk… hehehe… Movie hbs dlm kul 10:00 lebih.. so kami pon dah letih dan penat maka terus kan destinasi ke damansara… Mau pulang ke rumah dong… hehehe…

Sorry sekali lagi en.tunang kerana ckin salah tunjuk jalan lagi… Haaaa sampai ke KLCC kami terlajak… kikikiki… Nasib baik laaa en.tunang mmg seorg penyabar… syg sgt kamooo…hehhee… Tgk jam ditgn dh kul 11:00 lbh baru sampai rumahku syurgaku… hehhee..  balik2 je kena mencuci pinggan mangkuk serta peralatan berkelah tadi… dah setel sume baru laaa ready nk tido… Tapi taip blog dulu… hehhee.. Anyway, thanks to my beloved for this moment… Luv u so much!!!...

Sekian…