StrawBerry

StrawBerry

Saturday, 29 September 2012

LOVE STORY 6: Ke Busy an di bulan September...~

Uwaaaa sungguh lama tak mengupdate blog kan... Hahahaha... ter busy lak... Nak citer perkembangan "Love Story" laaaa... hikhikhik... Kalo dikire tambah tolak darab bahagi, 3 bulan je lagi... Halamak...

SEPT 2012

On: 15th 
......~ Haaaa hari nie mau g Batu Pahat... Selesai kan apa yg patut... 1st g laaaa settle kan pasal fitting baju kawen, deco pelamin, deco bilik pengantin, deco meja makan dan acara majlis laaaaa... fuhhh rambang mata, sume nak.. hahhahaa... lari dh konsep...kikikiki.. Kuatkan hati pilih ikut konsep... jgn lari jauh2 sgt ckin oi... hihhihi... Dh bincang dan sembang2 dan dah done...


2nd place is mkn tpt mkanan feveret iaitu Asam Pedas... Ini mkanan kegemaran ckin... weeeee.. mkn bersama tunang tersayang dan jugak my partner forever iaitu my adik... hihiihii.. bertempat di tanah kelahiran sendiri iaitu di batu bahat... best!!!!

Gerai ibu Asam Pedas

Asam Pedas Ckin punya

Asam Pedas en.Tunang punya...

3rd place is bergerak ke Ayer Hitam... errrmmm wat pe agaknye ek... seperti biasa tpt yg ingin dilawati ini mesti laaaa tpt shopping... kt sini sebenarnya adalah tpt barang2 pengantin.. harga sgt murah... barang cantik jugak... jalan-jalan, survey2 akhirnya siap sedia laaa duit berterbangan... hahahaa... Ckin beli paper beg, bunga telur, aksesori dan sebagainya mengikut citarasa dan tema serta konsep yg ckin pilih...... dekat seribu hbs... hukhuk.... setelah penat berjalan kami pon balik laaa ke KL...







On: 19th

....~ Hari OFF day sedunia tp byk benda kena settle... huuhuhu... Sungguh byk tpt kena pergi... uwwaa..
Destination : QW >>> KKP >>> MV >>>RCM >>>FD..

Memula2 g opis settle kan Timesheet anak2 buah... huuhuu.. Pastu ada temujanji dgn Klinik Kesihatan Pantai... Haaa wat pe kt sini, pe lagi settle kan HIV test.. dh booking 2minggu lalu... nasib baik ada kekosongan kalo tak mau tunggu sebulan.. hehehe.. first time g kat Klinik Kesihatan Pantai nie, wow tpt nye best arrr... hihihihi... layan die pon ok... Dh isi borang sepatutnya, tunggu giliran then masukkan laaa bilik testing... haaaa cuak nye... hahahaa... ckin yg penakut jarum mmg mcm nie, kecuak kan.. hahhaa... sebelum amik darah, ada laaa sikit info dan sedikit sesi soal jawab... pastu darah pon di ambil then tunggu sekejap je dh settle... keputusan nye non-reaktif.. huhuhuhu...yeay boleh kawen..

Pastu kena teman en.tunang g Mid Valley beli barang hantaran die ler..... kali nie kalo die x beli jugak, merajuk laaaa ckin... penat dh sebulan survey barang die.. memilih sgt nie.. haish.. Sambil-sambil tu, ckin g laaaa mkn autie anne punya hotdog.. nyum2 sedap.. bior kan je en.tunang pilih2 barang die, janji perut ckin kenyang.. yeapppyy.. hehehhe.. Akhirnye beli pon barang die... kikikiki...

Destinasi seterusnya, kad kawen... haaaa baru nk g survey... ish2... G laaaa ke RCM kat area bandar manjalara... fuh jammed x hingat... hahahhaa.... sampai je kat tpt tu, belek2 tak de yg berkenan... mmg penat je rempuh jammed... Rempuh ok bkn tempuh... hikhikhik... So decide nk g tpt laen laaaa tempah kad kawen..

Last destination ialah Flora Damansara... Dh sampai umah dah.. penat sgt terus tertido..


On : 29th

Hari ini aktiviti nyer adalah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan dan ke NILAI.... waaaaa~..
Seawal pagi dh gerak ke kajang meghadiri majlis kawen member. Selesai sudah makan2 nasi minyak, maka gerak lah ke NILAI 3.. mcm2 borong sampai penuh keta.. hahahha.. Beli langsir, beli tilam, beli bunga, dulang hantaran, barang gubahan,.. then balik terus pengsan.. hihihi

Tuesday, 25 September 2012

AIRMATA WANITA

"Wanita Menangis bukan bererti mereka lemah tetapi mereka sangat kuat kerana mampu menahan sakit begitu lama".. Bak kata org, airmata senjata wanita... Wanita yang dikurniakan sembilan perasaan/nafsu dan satu akal... Oleh sebab itulah, airmata sentiasa menjadi teman wanita ketika suka ataupon duka...




Sunday, 29 July 2012

LOVE STORY 5: Tips Diet...~

Tips yg di copy paste:
Moh kite buat checklist:

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

ckin: hmm keje kt opis membuat ckin melekat dikerusi.. haaa makan time entah ke mana... Pas balik keje mmg mkn dgn byk2 nye sbb x makan dari tgh hari kan... hukhuk.. Kena start ubah rutin harian nie... Apa pon kena cabot g gak nie... baek...


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

ckin: oooo, yeke mcm tu.. kena buat laaa nih.. hikhikhik
ckin hanya suke capacino... spesies coffee gak kew?

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pastianda tidak akan makan dengan banyak.

ckin: haaaa yg ini mmg dh setel... hehehhe..
bape gelas nie?

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

ckin: haaaa yg ini ckin mmg x suke minum air gas sgt... tapi kalo 100plus tu mcmne plak sama jugak dgn air gas kan.... hahahaha~



5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

ckin: Haaaa yg ini dari dulu sampai skrg mak ckin mmg ajar jgn mkn masin... hehehee



6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

ckin: haaa yg ini  mmg wajib!! hehehe... Kalo tak ckin akan xde mood... kikikikiki
sarapan mcm gini kew?

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

ckin: Betul2... kunyah 44 kali tu sunnah.. :)



8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

ckin: setuju jugak... senang nak hadam.. 



9. KEKERAPAN
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

ckin: kalo mkn kerap tp kuantiti pon byk jugak mcmne nk kurus kan ckin... hahahaa.... Wokey tukar rutin harian...~



10. SAMPINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

ckin: kne kunyah gula getah.. ooooo... petua nie...
chewing gum perisa pudina....

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

ckin: oooo.. mmg laa mkn yg best nie.. tp kena start kurangkan... hukhukhuk
selamat tingga; my feveret... hukhukhuk

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

ckin: alamak, peminat teh tarik mcm ckin nie kena laaa tukar menu minuman selepas ini... hmmm baik akan cuba walaupon sukar...~
haaa tu dia campuran limau nipis dgn oren.... hikhikhik


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

ckin: yg ini mmg feveret sayur+buah...nyum2.. hehehhee


buah-buahan

sayur-sayuran

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

ckin: oooo.. ckin timbang sekali sebulan je... tu pon kat shopping malls.. hihihihihi


errrkkkk...

15. PENGAMBILAN MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

ckin: mmg feveret ckin jugak nie... ok boley teruskan rutin nie... hehehhehehe



16. PILIHAN BIJIRAN DAN KEKACANG
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

ckin: haaaa yg ini mmg feveret jugak.. ckin suka mkn kacang CAP TANGAN + pistachio + kuaci.. ehhehee


PISTACHIO


KEKACANG

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

ckin: kena start wat diari laaa nie... Diari makanan mmg xde... hukhukhuk




18. TUMPUKAN PERHATIAN
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

ckin: errkk oooo... kena tukar motipppp laaa nie.. baek... saya nk jadi sihat dan segar...



19. CARA MEMASAK
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

ckin: kalo yg berlemak2 santan tu laaa ckin suke.. pas nie kena tukar cara masakkan.. kalo yg mengidam nk mkn makan kt luar je... mcm laaa selalu masak ckin nie.. FINE sgt... hahahha~



20. PEMILIHAN
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingintambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

ckin: ooooo... baik laaa pasnie kena guna pinggan leper je... :)



21. BERJALAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

ckin: haaa idea yg dtg pasnie turun tangga je jgn naik lift... hihihihi.. mampu naik sampai tingkat 24? errkk.. Ckin turun tangga dari tingkat 24 mampu, naik tangga blom try laaa... kikkikii




22. RANCANG PERBELANJAAN
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

ckin: mmg pas nie ajak en.tunang g mkn kt kedai buah-buahan jerk... :)



23. LAKUKAN LATIHAN
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

ckin: hanya buat bangkit tubi je... so pas nie kena tukar taktik plak laaaa.... 



24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

ckin: kena tukar rutin harian nie... feveret dah laaaa teh tarik... oh teh tarik... hmmm




25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:


i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



Good Luck to myself... DIET diet Diet ....


Saturday, 28 July 2012

Memories in Ramadhan 3: Bersahur @ Restoran Utara...~

Haaaa.... tak sampai 12 jam lagi, dh mkn utk sahur plak... hehehe... walaupon kekenyangan ketika berbuka tadi masih terasa lg, tp keberkatan sahur perlu jugak diambil... semoga puasa keesokkan hari nya lebih diberkati.. Insyaallah... SELAMAT BERPUASA SEMUA....  :)

1st time nie ckin bersahur di luar umah... Selalunya sahur kt rumah je, masak atau makan je ape yg patut, janji ambil keberkatan bersahur itu... hehehhee... Haaaa ckin pergi plak kali nie dgn housemate dan juga pasangan masing2.. hehehhe... Kami seramai 4 org laaa.... Peserta :  ckin + Azim , Diana + Faizul.

Pada mulanya perancangan kami mahu bersinggah sahur di Kg. Baru... Namun bile dh kuar lewat, takot plak xde tpt kat situ maka kami pon berubah lah tpt... Tempat pertama yg ingin ditujui adalah Kedai Periuk Belanga... haaa kt mane tu? Ada je kat Kelana Jaya, tp jgn tnye ckin pape eh sbb x pernah pergi.... hehehhe.. sampai je tpt yg nk ditujui tgk2 kedai tutup daaa.... kicewa sikit...hehhehe..

Hasil dari google ketika siang hari... lalalalla~


Hasil dari google ketika malam hari... lalalalla~


Jengah2 kedai sebelahnya iaitu Fendy Ikan Bakar, pun tutup jugak,,,, hukhukhuk.... Nak share sikit, Kedai Fendy Ikan Bakar tu ckin pernah pergi, mknan ia best! Sbb ada ikan bakar.. PEminat ikan bakar macam ckin nie mmg laaa suke dtg sini... Bawak en.tunang sekali ritu, die plak teruja.. nak dtg lagi katanya... Try laaaa g... nyum2!
Yg ini pon dari Mr. Google di kala dinihari.. hikhik

Dikala panas terik matahari...



Sedapkan ikan bakar tu.. hehehe... Then dah tutup so kami round2 lagik... Tetiba ada kedai yg ini.. Tp tutup jugak... huuhuuhu.. Banyak jugak kedai mkn kat Kelana Jaya ini...

Restoran Nasi Lemak Cikgu...


Tanpa mengenal erti putus asa maka mencari plak, sekitar Kelana Jaya itu... Kedai mamak je bukak... hehehe... So dh hampir2 nk g je kat Restoran Idaman kt Mutiara Damansara... sedang asyik mencari U-Turn, maka tetiba ingat ada kedai kat situ. Nama kedai tu adalah Restoran Utara.


Yg ini dari Mr. Google jugak... hikhikhik


Tak pernah makan kat sini... So try je laaa kami berempat di sini... Order macam2 jugak sorg2 nie... hehehehhe... Mulanya menu ckin adalah mee goreng + telur mata je... sbb ckin rasa kenyang lg malas laaa nk order nasi... Namun apakan daya, mee dh hbs... So nk x nk amik jugak nasi ayam je... hehehhe...Habislah diet ckin okay.... hahhaha... Bile nk kurus nie... Bile dpt fitting baju nie kalo tak kurus2.. hikhikhik.. Sabar je laaa en.tunang dh bising2.. kikikikii...Apapon, emmmmm, sedap jugak makanan di sini.. Alhamdullillah... Apa pun SELAMAT BERPUASA... :).. Work up utk kurus!!!! waaaaa....